my age

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 23, 2012

my beloved umi


Assalamualaikum w.b.t,

Semester 3 dah nak melabuhkan tirai. Study week pun dah muncul. Tapi assignments bertimbun lagi. Aduhai. Ta taw nak bwt camne dah. Semalam, aku dapat call daripada my abah. He said, my mum masuk wad because bleeding. It is worried for my mum. So, that why she want to go to the hospital. sebelum nie, mie dalam wad hampir 16 hari. tapi still ta taw sakit pe. doc nak amek sample 'bone marrow'. coz penyakit umi ada relate dgn darah. 

ermm, Aku still dekat Nilai ag. Ta sure nak balik ke tidak. Ikutkan hati nak je balik umah jumpa family especially my beloved umi. I miss her so much.

Beberapa hari yang lepas, aku hadir ceramah teknik rawatan Islam untuk subjek kaunseling dalam Quran & Sunnah. Ustaz 2, ada bagitaw yang symptom org y diganggu adalah seperti sakit kat lutut, lenguh bahu, tumit kaki dan lain-lain. Aku syak umi kena gangguan. Tapi benda nie hanya Allah je yang taw.

Aku call umi. Tanya khabar. bagitahu nak balik, 

''mie, along nak balik tapi maybe lepas siap assignment"
''erm, xpayah lah. along kn ada exam. t, jaga mie xstudi pulak''
 
Umi xbagi balek coz aku da nak exam. Abah pulak suh balik. Tolong jaga umi kat hospital. Umah aku pun bukan dekat sgt dengan U. ottoke??? Aku pun dilemma.
wajah after beberapa minggu keluar hospital

YA ALLAH, AKU MOHON KAU SEMBUHKANLAH PENYAKIT MISTERI UMIKU AGAR DIA SENTIASA SIHAT & HEPI SELALU. SUDAH LAMA DIA MENDERITA DENGAN PENYAKIT MISTERI INI.

Wednesday, December 12, 2012

Save for Gaza

Assalamualaikum, w.b.t.
 today, i just wanna share about please pray for gaza. 
this post actually dah lama aku nak post tp ta sempat.
hopefully, we are always pray to all muslim wa muslimat fi dunia.

peace no war!!

my profile pic kat twitter

the cover my timeline

Tuesday, December 11, 2012

Again !!!

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk semester 1 sesi 2012/2013 dah nak sampai ke penghujung. Assignments still bertimbun lagi. Harapan aku, nak completekan assignment awal2 ag. Nampaknya, nasi dah jadi bubur. Still procrastinate my assignments, astaghfirullah. Back to my story about the procrastinate my assignment which my lecturer had decided the deadline early to submit the assignment. Aduhai, i'm still terikut dengan zaman sekolah. 
Matrik pun sama. But sometimes, I think I had changed my behavior. 

BERUBAH! KO MEMANG PATOT BERUBAH! to better behavior. 

Last but not least, Ya Allah, plez give me the strengths!
I had miss my best friends. I know they are busy right now. Or maybe they had a lot task. I hope my best friends will contact me. I miss their voice and message which give me a lot of support.
where are you my friends???





Sunday, December 2, 2012

Jalan-jalan

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam, off to Melaka for survey tempat. Seriouslly, first tyme jejak Banda Hilir, Melaka. Before  this, g Pantai Tg. Bidara, Melaka. Tu pun, sebab ad Team building RIM dekat sana. First, lalu Ayer Keroh g tengok mana Penjara Dusun Dato' Murad. Next, cari Masjid terapung a.k.a Masjid Selat Melaka. Ntah berapa kali pusing jalan y sama. Member bgtw, dekat Dataran Pahlawan. Tapi xjumpa2. Berkat kesabaran driver kami, Alhamdulillah jumpa gak masjid ituu akhirnya. Jalan2 sekitar masjid.

Then, kami nak cari Muzium Baba Nyonya. bape kali pusing gk. Tempat y sama pulak. hahaha. makan angin atas kereta la... Tanya Pakcik Polis Trafik last sekali. Then, pakcik 2 ckp, muzium 2 dalam Jongker Walk dik! Owhhh. next, kami mencari destinasi utk makan. oleh kerana, antara kami semua bukan rakyat melaka. so, we go for KFC. xtaw melaka kat mana tempat best nak cari makanan. singgah kat Makhota Parade. huhu. lepas malkan, kenyang giler.. then, solat n jalan2 sekitar mall 2. borink giler kot. lepas gather semua, kami ke tempat parkir kereta. next, balik.

27.12.2012, wait yer Melaka. i'll coming so0n.  
no pictures . hehe.:P


Saturday, November 24, 2012

KRIM

Assalamualaikum w.b.t, 

KRIM? Apa dia ek? KRIM stands for KEM RAKAN INTEGRITI MAHASISWA. Program ini anjuran IIM, INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA dibawah kelolaan En. Popeye n En. Gaban and the gangs. Sory ta ingat nama asal dyorg. Hohoho. Program nie diadakan pada cuti mid-sem yang lepas. 2-4 november 2012. dah basi citernye. saja jer nak update blog. hahaha

program nie kami combine dengan mahasiswa/i UTeM. Aku dapat kawan baru although we are the same U and differ U. Kem nie, nama baru aku microwave, popeye suggest. then, aku terus amik as aku punya nama.. hihi lawak n modern gak nama aku nie. betul tak?

from this program, aku dapat banyak input n game yang dapat asahkan minda secara langsung dan tak langsung. contohnya, main dam 15, tak pernah main 2. thenm, kitorg jungle trekking, y tak best kena sengat dengan bInatang. Nasib baik aku bawak minyak angin a.k.a minyak cap kapak. hehe.. ok la daripada kena pacat. Kawan aku ramai yang kena kiss dengan pacat. hehe. nasib baik aku terselamat.

Tyme orang presentation, aku duk main kat belakang. main bingo laa... 'ujian pendengaran' n around the world. thax sangat2 kat nad, mira n ida yang sudi layan aku yang byk songeh nie.

we are USIM + UTeM

ada orang sudi bwt sketsa bwt kami

That all for me. Btw, kalu boleh nak join program yang outdo0r again for the next time. For tomorrow, I have family day for counseling program. hope we are enjoy dat program... :)

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


..juz wanna share..

Assalamualaikum w.b.t, udah berapa bulan tak post something kat sini. Dah la sekarang aku terpaksa buat daily reflection. Hahaha. Sampai tak de masa nak update blog. Lebih-lebih lagi every weekend ada hal. Bak kata kawan aku, kalahkan PM jer. hehehe. 

tiba2 buka blog, ada blogger update pasal kebaikan mandi. So, aku rasa better share dengan korang yang sudi baca my blog. 

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...in sya Allah..
btw thx kat pemilik blog lakaran pelangi,click sini

Thursday, October 4, 2012

challenge!

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama aku tak update entry baru. Now, i want to share something wit readers. Sepertimana yang korang tahu, aku salah seorang siswi dalam bidang kaunseling. So, this sem subjek agak though compare last sem. And the go0d news, my tutorial class NO BOY a.k.a LELAKI. hohoho. Kami anggap macam sekolah convent. Hahaha. Bab bising or kecoh xpayah citer la. BTW, hepi gak dapat 1 tutor dengan geng2 lama. Bebudak BAB3.

In addition, my classmates taklif kan aku as THEIR MONITOR a.k.a REPRESENTATIVE class. ACTUALLY, CUAK + scared about the responsible. But, we must remember. Allah telah pilih kita sebagai pemegang amanah. Bahkan, ALLAH ingin menguji hambaNYA. Am I rite? If wrong, please guide me!


In conclusion, sekiranya kita atau readers telah diberikan amanah. Ingat, amanah juga sebahagian daripada ujian.  Allah tahu kita mampu. So, that why amanah is given to us.  Melalui amanaH,kita dapat experience memikul tanggungjawab.Then, pelajari sesuatu dari hidup ANDA! Amanah juga mestilah  berlaku jujur dalam setiap perkara. InshaALLAH.

hamba y dhaif,
be the better person among the graetest person, ^_^

Friday, September 7, 2012

hikmah.. :)

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik dah abis cuti semester untk kali ini. Sedar tak sedar, aku dah nak masuk sem 3 a.k.a tahun 2. jadi senior untuk adik-adik tahun 1. Aku rasa baru semalam aku balik untuk cuti sem. Malam esok dah nak bertolak balik USIM.

 Sebelum cuti, aku hajat nak belajar memasak cuti kali nie. Alhamdulillah, sem nie dapat belajar memasak. Ada la try beberape resepi. Hohoho...


Before this, i'm always dreaming to cook. But, now...hehehe. I'm already learnt  and be more interested for cooking. Besides that, i had watched the program of Mastercheft.I enjoy it and try to learn.

During this holiday, aku dah start drive balik. Huhuhu. Da dapat lesen besar a.k.a not P. Tambahan lagi, aku berpuasa kat hospital. Jaga umi. Then, lepas umi balik. Masak untuk umi serta belajar resepi masakan daripadanya. THANK YOU, UMI..

Alhamdulillah, umi semakin sihat. Doc bagitaw, platelet dah naik. Tapi, darah merah naik siket jer.. Then, doc bagi counseling suruh bwat "bone marrow". But. my umi disagree. my family too. We are family believed , ummi akan sembuh daripada penyakit ini. As we know, mayb Tuhan nak uji my family supaya tabah dalam menghadapi ujianNYA. Kita sebagai ummat perlu berusaha. So, don't give up. InshaALLAH, every problems have the solutions.!

when we are thinking:
- who gives the sick to us?
- why we live in the world?
- when we learn to love HIM?
- how to approach HIM?

Alhamdulillah, dah siap projek. Dan yang bestnyer, aku and satu famili keluar pergi makan. Pergggh, kenyang giler. Terima kasih Ya ALLAH!!!

That'S all for me. InsyaAllah, lain masa aku update kat USIM. wasalam

Sunday, September 2, 2012

New spirit!

Assalamualaikum w.b.t.

Semangat baru a.k.a new spirit? Selesai membaca blog daripada blogger yang tersohor, banyak input2 yang menarik dapat aku amik. Especially, Hami Asraff punyer blog. Memang daebakkk!!! Dia punya entri benar2 ikhlas. Aku dapat SEMANGAT untuk mengupdate blog pun disebabkan baca entri daripada blogger yang popular la. Dan tidak lupa juga blog Hilal Asyraf.



Aku juga teringin untuk hasilkan entri yang ikhlas dan bermanfaat kepada readers. Terutamanya aku sendiri. Untuk pengetahuan korang, aku nie memang minat baca blog. Not gosip kay. Bagi aku, banyak aku dapat belajar daripada bloggers. Although, daripada blogger yang x popular. But, i'm still read it. Because i'm enjoying it! 

Alhamdulillah, aku bersyukur dapat kesedaran untuk malam ini dan dapat kesempatan untuk berkongsi bersama readers. Actually, banyak yang ingin aku kongsikan dengan blogger yang lain. Tetapi sayang, masa tidak mengizinkan. Mungkin di lain entri kita berjumpa lagi. InshaAllah. :)




p/s: Thanks a lot to Kiah a.k.a Jill yang sudi jenguk  my blog (along-chan) and also give me a lot of support when me down...

Thursday, August 2, 2012

usaha lagi!

Assalamualaikum w.b.t, 
today, 2 august 2012. bukak fb, then kat page usim. students duk citer sal status 'ralat kat ewadi' gara2 result da kuar. how your result? it's mine! perghhhhh. NO FEELING right now. aku dapat news from my friend, guess what.??
she got DEAN LIST!
mabruk to her!
so, me????

just, leave it! i don't have the idea to talk or tell about that. keep it into rubish, atheer!! Ya Allah, aku lemah. aku tak dapat terima kenyataan ini. please YA ALLAH!!! bantulah hambaMu ini. aku insan yang lemah. last sem, aku da janji nak dapatkan dean list for this sem. BUT,
I'M STILL CANNOT!

mesti coursemateku, x-ro0mates dapat result yang gempak. except me. 


so. what should i do? give up? it is end when i give up!
so, wake up MYSELF!!!!
do da best for next time!
i admit, aku banyak main sem nie. so, better change to the better from this sem!
wait n see for next sem, THIRD SEM!
i will do the better and more matured compare this sem.
i'm promise!!!! fighting!!!!!!
FIGHTING! FIGHTING! FIGHTING!! 2X

get to go, have to cook for my family....
wasalammualaikum.

Sunday, July 22, 2012

marhaban ya ramadhan!!!

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar imam kita? bertambah or berkurang? sekarang da masuk bulan ramadhan a.k.a bulan puasa. kenapa orang kita memanggil bulan ramadhan as bulan puasa? ? ahlan wassalam ya ramadhan.  As we know, banyak ganjaran dalam bualn ramadhan. then, yang kita taw dalam bulan Islam ada 12 bulan. AND bulan RAMADHAN kita sebagai muslimin wa muslimat di wajibkan berpuasa. am i rite? pernahkah kita terfikir selama 11 bulan, kita duk makan jerrr pada siang hari... betul tak??? jawab!!!
hehehe. . . 

so, pada bulan ramadhan, ALLAH S.W.T bagi perut kte rehat. Betul ta? so, this fasting month we as , muslim, digalakkan agar memperbanyakkan amal ibadat seperti tadarus al-Quran, bersedekah, zikir, tilawah, qiam serta terawih. dan INGAT! jangan membazir! contohnya tyme berbuka. dugaan iaitu nafsu terhadap makanan. 

selain itu, di bulan yang penuh barakah ini.. kite janganlah miss BERSAHUR ye! 
ni ade tips untuk kejutkan org bersahur.. copy + paste kat fb.

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR. KHAS BUAT MEREKA YANG LIAT BANGUN.. HO HO HO 

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan-perlahan.
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil nama dia.
3. Renjis air dekat muka dia.
4. Tampar manja pipi dia.
5. Tutup kipas atau air cond.

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya... Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

http://view.my/bajuraya


try yerrr.. especially for myself. hoh000...btw, syafakillah my umi. still dalam ward. dugaan bwt my family. ta dapat berbuka bersame + bersahur. bcoz, aku pun turut masuk ward as guardian! huhuhuhu... new experience for me, stay kat hospital + berpuasa d hospital. bab tido banyak godaan nyer. di harap bersabar yer my beloved umi. cepat sembuh, maintain2 la darah... harap2 esok lusa boleh balik umah daaaa....


Monday, June 25, 2012

-last week-

Assalamualaikum w.b.t to all whether readers, 
bloggers or blogwalkers n sape2 y sudi singgah blog nie.
today 25 june 2012,
1 july 2012 kena kosongkan kk1....
barang ta dianngkut ke umah sewa ag.
aduhaiiii...

menghabiskan minggu2 terakhir d kk1.
sunyi ta perlu gtaw la. 
memang sunyi pun...

d kat kk1 minggu last nie, 
layan korea,
download,
makan + tidur
makan?

ramai org tnye ak, xnak balik ke?
soklan cepumas 2...
wajib jawab or tak?
jeng...2xxx
hehehe

my answer...
'simpan perasaan rindu umah 2, t balik lepas lsp tade feel la'
hohoh00000
menjawab soklan ta?

semalam, classmate a.k.a floormate a.k.a kawan y rapat gk,
dy baru balik kg, (ta sapa 24 jam pun)
dy bawak mee bandung + durian 
ak makan bnyk gilerrrr
ta sangka "i made it"
ak biasenyer, makan sebijik 2 je durian before nie..
best an?

suasana kat kk1.
if some1 bwk makanan or pape,
ajk 1 aras makan sekali....
then, makan same2....

t, duk umah sewa.....
T_T
mesti akan rindu zaman duk hostel 'KK1'
umah sewa xmeriah cam umah sewa...
agree or not???

although kk1 nie baru,
byk y perlu d upgrade or so 0n....
butttttttttttttttt,
suasana kat surau xkan rase kat hostel lain n umah sewa...
walupon, ak bukan kaki ke surau...
for ur infomation, i got the spirit for go 0n in course and life kat USIM,
bCOZ the background kat surau laa...
Islamic sangat2xx

majority, budak2 kk1 a.k.a siswa/i USIM
from Islamic school, dyorg bwk biah d sekolah dlu...
M.A.N.T.O.P!!!
daebakkkkk!!!!!

gud bye kk1....
sobs...sobs...sobs

Wednesday, June 20, 2012

one more!

Assalamualaiakum w.b.t
to all blogger n stalkers y sudi jenguk blogku,

exAmku for second semester da nak abis..
hooreyyy!!!!
butttttttttttttttttttt...............

the last paper,
p.s.y.c.h.o.l.o.g.y.



OH NOOOO!!!!!!!!!
get nervous...

psychology same like b.i.o.l.o.g.y!
ottokkkeeeeeeeeeeee???

btw, bitaufiq wa najah for dak2 kaunseling first years UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
esp, my roommate...kaq aishah(cam ta bermaye study psycho)

p/s: always think +ve!
      psychology actually BEST n awesOME!!!!

Tuesday, June 5, 2012

-salam imtihan-

assalamualaikum buat warga blogger serta siswa/i..
aku sekarang di ambang final,
final sem 2!
masyaAllah,cepat sekali masa berlalu..
aku rasa aru semalamaku menjejakkan kaki di bumi USIM nie.
dan baru semalam  aku  daftar kursus  utk sem  2...
ya  ALLAH!!!!
begitu cepat masa berlalu...


sekarang study week,
ya Allah, 
aku ta  rase yang skang ak berada dlm minggu study week...
sukarnye bgku utk menerima kenyataan ini
ya Allah, tolonglah hambamu ini...
aku  insan yang lemah serta dhaif
perlu petunjukMu





study week,
sepatutnya, aku bwat revision jer minggu nie...
tapi,
assignment??
banyak lagi perlu submit
esok,lusa
setiaphari ada due datenyerr
bagaimana nie???

setiap sem,
azam- ta nak bwat kerja LAST MINIT!
tapiiiiiii............




looknow,
da jadi adat bagi setiap individu y bergelar sebagai  'student'
oh,no!!!!!



rindu math...




p/s: salam imthihan  bwat rakan2 seperjuangan di bumi USIM n U lain...
bittaufiq wa najah! 


fighting gak bwat adik tersyang y baru menjejaki kaki di bumi KMPP... selamat bergelar bakal mahasiswi!
do da best!!!!

Monday, May 21, 2012

assignment?

assalamualaikum w.b.t





individual? 
 pair ?
or group?

what your choice?



p/s: plez give your comment. i need it!!!!


Thursday, May 3, 2012

-take 5 jap-

Assalamualaikum w.b.t serta selamat sejahtera kepada warga bloggist n followers.

just want share something wit u alls. dah lama xcoret kat sini, ada rasa rindu nak conteng kat wall nie. alhamdulillah, pada waktu sekarang + wifi laju(di bilik k.shu). 

semalam aku follow 1 usrah, under kaq akmal. Alhamdulillah, dapat juga jumpa kaq akmal. dah lama set nk dating nga akak akmal. syukur kehadrat Illahi, dapat berjumpa serta sepetang bersama kak usmah, kak liyana n kak hanis. walaupun kuantiti kami amat sedikit berbanding liqa' biasa tetapi sharing pasal "sweetnyer al-Quran MEMANG BEST!!!!

untuk pengetahuan warga readers, kak usmah adalah seorang penghafal al-quran. dy banyak share pasal sweetnyer al-Quran dengan kami semua. antaranya, kelebihan al-quran. sedarkah kita bahawa, sekiranya dalam sehari kita tidak membaca al-Quran maka hati kita umpama rumah kosong y penuh dengan sarang labah2 serta terbiar dan kotor. as we know, al-quran adalah ketenangan bagi umat Islam. selain itu, ramai yang mengatakan serta akak usmah sendiri mempunyai pengalaman bahawa tyme kita sedih atau gembira... dan tika itu, apabila kita baca al-Quran, kita akan rasa ayat itu kena dengan kita.. alangkah betnyerr... itulah mukjizat al-Quran. 



ingat teman2 sekalian, nabi meninggalkan umat2nya aL-QURAN & HADIS!
so, fikir serta renung2kan...
 tahukah kita bahawa setiap perkara boleh dirujuk dalam al-Quran. BAHKAN, cARA buat ROTI CANAI pun!!! xcaye???? scroll kat bawah.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Nahl ayat 43 yang bermaksud:


        "Tanya kepada mereka yang lebih tahu jika kamu tidak tahu."
Dalam ayat ini, frasa "mereka yang lebih tahu", iaitu "ahli zikir" [3], membawa maksud "mereka yang memiliki ilmu tentang Al-Quran dan Sunnah", yang mana para Imam Mujtahid mendapat tempat teratas dari kalangan mereka yang tahu dan faham tentang Al-Quran dan Sunnah.


sekian daripada aku, diri yang kerdil sedang mencari diri y hakiki-

p/s: kepada rakan2 ada masa lapang, always topup our ilmu+iman..

Wednesday, May 2, 2012

oh tidakkkk!!!!


gaya muka aku?


Udah kul 4 pagi rupanya,kul 1pagi lebih aku dapat call daripada groupmate untuk subjek dakwah islamiah. Kitorang diberi group assignment. Sepatutnya dihantar minggu lepas pada 28 april 2012. Tapi…..
Last week, assignment banyak kena submit . astghafirullah. . .3x. tu la padahnya bwat assignment last minute..huhu.. aku punya task, actually da siap last 2 week ag. Aku dipanggil, oleh sebab my source not clear.hahaha.. amikkk ko!!!!

Ada citer best, aku dapat call daripada roommate aku, yan…. She said, ada spotcheck elektrik!
Simpan seua barang aku, ktnye… aku n k.sya a.k.a my roommate gak. Plus coursemate shasha kalut tahap petala kelapan kottt.. aku dengan cepatnyer, jom tutup lampu + kunci pintu. Yang lawaknyer, buku bersepah kat bawah. Nak simpan camne nie??? (gaya blurr ku) last2, bukak lampu n kemas apa y patut. Then, ta’ain & yan pun balik dari discussion. So, selamatkan apa y patot seperti iron, extension , charger n printer. Huhu.. lucu la tyme 2… lepas 2, main sorok jer barang2 tersebut… hohoho…

Tyme tunggu jaksa mai, kitorang berbual + rase nak kencing kot. Mane la jaksa??? Duk fikir benda sama jerr…. Adoiiiii… seminit, 5 minit n setengah jam ….xtaw la bape lama.. yang pasti xde jaksa mai bilik. Y takot nyer, takot spotcheck esok hari. So, teman2 get ready.. hahaha
Saje nk share, lama dah xtulis something kat sini….

p/s: Da moral of story, jangan la wat kerja last minit cam AKU!!!!
Always be prepare, hohoho

Tuesday, February 21, 2012

sEM baru!

Assalamualaikum w.b.t
20 feb 2012
bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar tahun 1, jurusan kaunseling untuk sem 2
kejap jer mase berlalu...
pejam celik dah masuk sem 2 daaa..
result pun da kuar..
Tengok result+gred+ sedih gilerrr
alhamdulillah..
skang aku da redha + accept wit my result.
mybe tade rezeki aku untk dapat dean list for sem 1.
tp, tape. .
for sem 2...
insyaALLAH, i will struggle to achieve dean list. amin.




p/s: btw, jangan lupa betulkan niat kita utk memulakan sem baru nie.
papepon aja..aaja FIGHTING 2 all student's university y menempuhi sem baru!




wasalam...



~nIcE meMOir~

assalamualaikum w.b.t,
sudah bersawang aku pnyer blog. . .
pape pon, aku ada 1 cite y nice nk share nga warga blogger,
iaitu . . . .
pada tanggal 10,11,12 n 13 feb y lepas..
kpi 2 a.k.a kem pelajar intelek 2012

telah diadakan di SMKA LATI, PASIR MAS
bertempat di Dewan Muhandis, SMKAL
terdiri daripada orang kuat KPI iaitu, Kem Kom
beberapa org urusetia,terdiri drp
timbalan kem kom, s/u . . .
bhg pembangunan fasi, pembangunan insan, logistik & kewangan, keselamatan & disiplin, makanan,  
dan bhg multimedia...
di bantu seramai 26 org fasilitator. .
9 fasi muslimin dan 17 fasi muslimat..
dan tidAk lupa gak buat Kaunselor SMKAL
MAMA Suhaili..

fasi muslimat

fasi muslimin

Grup 4 debat
terdiri drp, urusetia, fasi + peserta kem

 sesi LDK

sebelum kem ini berlangsung,
macam halangan y terpaksa dilalui oleh pihak urusetia, 
apepon SYABAS di ucapkan bwat warga KPI siri 2 kerana berjaya menempuhi halangan2 y mendatang...
kem berlangsung dengan lancar...
banyak pengalaman y manis, aku dapat daripada kem ini.
y pahit ta payah la dikenang ag..hahaha
bagiku, tade y pahit  
tetapi, semuanya indah2 belaka...

p/s: buat peserta, harapnye agar kamoo semua change for go0d compare no change dalam diri kamo semua.
buat rakan2 seperjuangan.. semoga ukhuwah kita berkekalan hingga akhirat..insyaALLAH...amin

Tuesday, January 31, 2012

~LsP in USIM~

assalamualaikum w.b.t,

today, i want to share something with u alls.
now, i'm in USIM
sitting for the LSP program,
for LSP's  program, consists of ALSP & ELSP


Many of knowledge and experience i got since ALSP,
ALSP stand for Arabic Language Support Program
our instructor is Ustazah Nadhilah..
the person,
very2xx
strict, humble, pious and caring person.
banyak yg dapat belajar with her..
honestly, ustazah memang strict. 
tyme dy mengajar, wajib speaking in arabic.
aku da la.. lack of vocab in arabic + gagap kot nk speak in arabic
serius, rase nak cakap dalam bahasa arab 2 makin berkobar2
our member grup, majority kaunseling + fpbu

for ur information, silibus yang ktorg study utk sem 1
dapat cover untuk 1 minggu kot. . .

Part yg tak best, ktorg kena kne wat "taqdim" 
taqdim BORIA arabiah
perghhh...
terkejuttt giler grup ktorg, tyme dapat task 2.
setiap malam stat practice boria kat tepi jalan dekat Usim
practice step, lirik tak taw. 
mlm nk wat taqdim, baru dapat lirik.
then....
firstly, aku hairan+peliks gak nga usim.
nape bagi ktorg wat taqdim boria..
law choral speaking, nasyid n dikir arab ok ag
nie BORIA!!!

my opinion, myb pihak ppT nk tgk sejauh mane mahasiswa/i USIM bawak benda 2.
persembahan ktorg tadela cam boria betul. step ktorg juz gerak tangan.
ALHAMDULILLAH, taqdim dengan penuh sopan..harapnye.
bwat ustazah ktorg,
grup ktorgla pemenang...suke2x

banyak ustazah pesan kat kitorang...nasihat, ilmu dan banyak ag.

for ELSP, to be continue. . .